Mayat Lelaki Terapung Di Lombong

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 10:53 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui di dalam sebuah lombong berhampiran kawasan perumahan Condominium Lake Edge di Puchong dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razimi Ahmad berkata mayat Mohd Radzuan Ghazali ditemui terapung pada pukul 3 petang semalam oleh orang ramai.

"Tiada kesan kes kecederaan dijumpai pada badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anggota keluarga atau waris mangsa diminta menghubungi Balai Polis Puchong Jaya di talian 03-8076 2222.

Tags / Kata Kunci: Puchong , Mayat , Lombong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan