Pegawai Polis Beri Ceramah Anti-Murtad Tidak Lakukan Kesalahan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 2:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pegawai polis menyampaikan ceramah di seminar anti-murtad di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu tidak melanggar sebarang undang-undang termasuk dalam tugasnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, pegawai polis dari Cawangan Khas Bukit Aman berkenaan telah dijemput sebagai penceramah pada seminar Sabtu lalu.

"Ia tidak menjadi masalah bagi pegawai polis untuk bercakap di mana-mana seminar yang dianjur mengikut undang-undang.

"Undang-undang apa yang telah dilanggar? Mengikut peruntukan mana? Adakah polis melanggar mana-mana undang-undang? Adakah penganjur itu melanggar mana-mana undang-undang?

"Dalam kes ini kita telah dijemput sebagai penceramah. Ini tidak menjadi masalah kepada orang saya untuk berceramah di mana-mana forum atau seminar.

"Kalau kumpulan Kristian mahu kita menyampaikan ceramah di majlis mereka, kita tidak juga boleh menghadirinya," tegas beliau.

Pada Sabtu lalu, UiTM dilapor telah menganjurkan forum bertajuk "Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi" di kampusnya di Melaka.

Khalid selain itu turut menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa memantau gerakan kumpulan-kumpulan yang cuba memurtadkan umat Islam melalui agenda tertentu.

Ceramah itu dilapor hanya mengingatkan mahasiswa mengenai gerakan mermurtadkan umat Islam supaya mereka yang beragama Islam tidak terpengaruh.

Bagaimanapun tindakan itu telah dipertikai oleh Presiden Persatuan Belia Kristian Malaysia, David Ngu.

Tags / Kata Kunci: Islam , Kristian , Polis , UiTM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan