Pengedar Sembunyi Dadah Dalam Mesin Basuh Diberkas

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 2:17 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Taktik pengedar cuba untuk menyembunyikan  heroin di dalam mesin basuh gagal apabila mereka berjaya diberkas Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superitendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, kejayaan itu adalah hasil dari dua serbuan yang dibuat oleh pasukan yang diketuai Inspektor Shaharuddin Shah di kawasan Bukit Malut bermula kira-kira pukul 4.00 pagi.

"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah yang tidak bernombor di kawasan itu, pasukan itu telah menangkap dua orang wanita yang masing-masing berumur 23 dan 18 tahun, dan hasil pemeriksaan ke atas mereka pihak polis menemui 383 gram dadah jenis heroin dan lapan gram dadah jenis syabu," katanya.

Lanjutan dari serbuan pertama itu, polis telah menyerbu sebuah lagi rumah yang berdekatan dan menahan tiga orang lagi wanita, dua daripada mereka warga Thailand berumur antara 19 dan 57 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun.

"Hasil pemeriksaan seterusnya polis telah menemui 244 gram dadah jenis heroin yang disembunyikan di dalam sebuah mesin basuh di rumah itu," katanya.

Che Ghazali berkata kesemua saspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

"Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM14,000 dan dipercayai telah dibawa masuk ke Langkawi untuk edaran kepada penagih-penagih dadah di sekitar kawasan Bukit Malut," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: narkotik , Langkawi , heroin , Bukit Malut

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan