Polis Tunggu Pengesahan Mayat Tanpa Kepala

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 9:22 PM

Jaluddin Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pihak polis sedang menyemak dengan pihak berkuasa Filipina bagi mendapatkan pengesahan sama ada mayat tanpa kepala yang dijumpai di selatan Filipina adalah milik rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

"Kami tengah semak, tunggu pengesahan," kata Jalaluddin dalam jawapan ringkas melalui aplikasi WhatsApp malam Selasa ketika diminta mengulas mengenai laporan media Filipina mengenai penemuan jasad tanpa kepala oleh pihak berkuasa Filipina.

Media Filipina melaporkan mayat tanpa kepala itu dijumpai di Sitio Lungon-lungon, Parang di Pulau Jolo pada Isnin lalu oleh anggota tentera dari Briged Infantri Ke-501 Filipina.

Sebelum ini Bernard Then, 39, dilapor telah dipenggal oleh pengganas Abu Sayyaf pada 11 November lalu dengan sebuah kepala dijumpai yang dipercayai miliknya, namun belum ada pengesahan mengenainya sehingga kini.

Bernard Then diculik dari Ocean King Seafood Restaurant di Sandakan pada 14 Mei lalu bersama pengurus restoran berkenaan Thien Nyuk Fun ,50.

Namun Thien Nyuk Fun dibebaskan kumpulan penculik berkenaan pada 8 November lalu dan selamat kembali ke pangkuan keluarganya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bernard Then Ted Fen , Abu Sayyaf

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan