Polis Malaysia Mula Ambil Kenyataan Justo - Khalid - Berita Jenayah | mStar

Polis Malaysia Mula Ambil Kenyataan Justo - Khalid

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rancangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil kenyataan daripada warga Switzerland, Xavier Andre Justo berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bangkok hari ini berjalan seperti yang dirancang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu kepada Bernama.

Sementara iu wakil Bernama di Bangkok, Minggu Simon melaporkan pasukan PDRM dilihat memasuki kawasan penjara di mana bekas pekerja PetroSaudi itu sedang ditahan pada pukul 10 pagi tadi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) dan meninggalkan penjara sekitar tengah hari.

Mereka memberitahu akan datang semula petang ini.

Pasukan PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Siasatan/Perundangan), Datuk Amar Singh Ishar Singh ditugaskan untuk mengambil kenyataan daripada Justo.

Justo dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lalu selepas mengaku mencuri 90 gigabait data termasuk e-mel, dokumen dan bahan lain daripada PetroSaudi International sebagai cubaannya untuk memeras ugut.

PDRM cuba mendapatkan keterangan daripadanya sejak beberapa bulan lalu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Justo , Khalid Abu Bakar , PDRM , Thailand
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan