MAB Diberi Amaran Gagal Pastikan 103 Penumpang Antarabangsa Diperiksa Imigresen

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) diberi amaran kerana gagal memastikan 75 peratus penumpang pesawat MH741 dari Yangon, Myanmar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjalani pemeriksaan Imigresen setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kerana masalah cuaca baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya 32 daripada 135 penumpang pesawat itu sahaja, termasuk rakyat Malaysia, diperiksa Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Beliau yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, keadaan itu boleh mendedahkan keselamatan negara kepada sebarang kemungkinan tidak diingini seperti pembolosan penumpang dan keganasan.

"Kita faham kapal terbang terpaksa melencong ke Langkawi, tetapi peraturan untuk memproses penumpang dari luar negara seperti cop pasport dan lain-lain tidak dipatuhi.

"Selepas itu, pesawat berkenaan ke Kuala Lumpur sebagai pesawat domestik dan sampai ke KL, mereka masuk ke negara ini sebagai penumpang domestik, jadi penumpang dan kapal terbang tidak dapat diproses oleh Imigresen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 'Bengkel Asean dan Commit: Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang dan Jenis Eksploitasi Yang Berkaitan' di sini, Selasa.

Nur Jazlan berkata, beliau belum mendapat laporan penuh mengenai perkara itu dan syarikat penerbangan sepatutnya bertanggungjawab memastikan setiap penumpang yang menaiki pesawatnya dari luar negara perlu diperiksa oleh pihak Imigresen walaupun berlaku masalah teknikal dan sebagainya.

"Jika syarikat penerbangan tidak mematuhi peraturan Imigresen ini, ianya menyalahi undang-undang," katanya dan menambah kejadian itu amat membimbangkan.

Beliau berkata terdapat pelbagai cara pembolosan penumpang dan beliau meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memperketatkan kawalan keselamatan di KLIA dan klia2.

"Walaupun jumlah kes pembolosan tidak besar mana, tetapi ia mungkin menjadi satu peluang untuk sesiapa yang berniat jahat memasuki negara kita.

"Jangan lupa, sekarang kalau hendak berlaku insiden keganasan tidak perlu ramai orang, empat atau lima orang pun boleh buat seperti yang berlaku di Paris baru-baru ini," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MAB , KLIA , Myanmar , Nur Jazlan Mohamed

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan