Lelaki Myanmar Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang warga Myanmar yang dipercayai pesakit mental ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 13 di Flat Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.

Lelaki berusia 35 tahun itu yang hanya dikenali sebagai James, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata  dalam insiden kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di restoran berdekatan mempunyai sejarah penyakit mental.

Mangsa didapati pernah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Dia tinggal di Blok 21 bersama dengan isterinya, Mimi," katanya.

Siasatan mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan mundar-mandir di ruang tamu seawal pukul 6 pagi.

"Isterinya memberitahu kami bahawa kali terakhir dia melihat suaminya adalah sebelum dia meninggalkan rumah untuk bekerja. Dia tidak tahu apa yang dilakukan suaminya selepas itu.

"Kira-kira pukul 10.15 pagi, dia berkata orang ramai berkumpul di lokasi kejadian, tetapi dia tidak menyedari individu tersebut adalah suaminya sehingga dia tiba di lokasi kejadian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sesiapa yang berdepan masalah dinasihatkan untuk menghubungi Befrienders di talian 03-7956 8144 (Lembah Klang), 04-281 5161 (Pulau Pinang) atau 05-547 7933 (Ipoh).


Tags / Kata Kunci: Myanmar , jatuh , Flat Taman Miharja Cheras

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan