Dua Lelaki Ditahan Berhubung Serangan Juruteknik Elektrik

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 2:58 PM

Mohd Zani Che Din

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki berhubung serangan ke atas seorang juruteknik elektrik di sebuah flat di Seksyen 6, Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din pada Selasa berkata, lelaki berusia 35 tahun itu pulang ke rumah selepas menjalankan kerja-kerja pembaikan elektrik di sebuah unit di flat itu di sekitar sekitar pukul 9.30 malam hari Ahad.

"Dia menerima panggilan pada pukul 11.30 malam, memintanya datang semula untuk membaiki bekalan elektrik di lima unit flat yang telah terputus.

"Apabila di situ, beberapa penduduk menuduhnya telah mengganggu kotak suis itu," jelas beliau.

Mohd Zani berkata dua lelaki mula menyerang juruteknik itu dengan kayu dan rantai, menyebabkan kecederaan di kepala dan tangan kirinya.

Juruteknik itu berjaya melarikan diri dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh sebelum membuat laporan polis.

"Kami menahan dua lelaki berusia 23 dan 31 tahun bagi membantu siasatan berhubung serangan itu.

"Mereka adalah penduduk flat itu," kata Mohd Zani.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya atau cara lain.
Tags / Kata Kunci: juruteknik elektrik , kotak suis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan