Bomba Selamatkan Jari Kaki Kanak-Kanak Tersepit Di Eskalator - Berita Jenayah | mStar

Bomba Selamatkan Jari Kaki Kanak-Kanak Tersepit Di Eskalator

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 6:30 PM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan jari kaki seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit pada eskalator di R&R Pagoh malam Ahad. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit di eskalator kawasan Rehat dan Rawat (R and R) Pagoh, dekat Muar, malam Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Marzuki Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.35 malam dan seorang pegawai berserta enam anggota balai tersebut tiba di lokasi pada 10.10 malam.

"Operasi mengeluarkan jari kaki kanan mangsa, Ahmad Farhan Zulkifli, 6,  menggunakan peralatan menyelamat, yang tamat kira-kira 10.50 malam.

Berdasarkan pengamatan, tiada tanda menunjukkan bahawa jari itu patah," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, bagi tindakan lanjut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: jari kaki , tersepit , eskalator
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan