Mayat Lelaki Berlumuran Darah Di Ladang Sawit - Berita Jenayah | mStar

Mayat Lelaki Berlumuran Darah Di Ladang Sawit

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 8:16 PM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah ditemukan di Ladang Bukit Bertam, Lubok China, dekat sini, Sabtu.

Seorang pekerja ladang sawit itu yang enggan namanya disiarkan berkata dia mendapati ramai orang berkumpul di satu kawasan ladang itu ketika sedang meronda dengan motosikal pada kira-kira pukul 10 pagi.

"Sebaik mendekati, saya terkejut kerana terdapat mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah. Saya kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang dan pihak polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Sharif berkata siasatan sedang dijalankan berhubung penemuan mayat itu.

Tags / Kata Kunci: Mayat Lelaki Berdarah , Ladang Sawit

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan