Isteri 'Datuk' Maut Ditetak Dirumahnya

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang wanita berusia 68 tahun, dipercayai isteri kedua kepada pesara bergelar 'Datuk' maut selepas ditetak dengan parang di belakang leher di rumahnya di Taman Lake View, Taiping, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harith Kam Abdullah berkata ketika kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa dan suami telah dikunjungi saudara perempuan terdekatnya berusia 78 tahun bersama pekerjanya seorang lelaki berumur 57 tahun.

"Sebaik mereka berada dalam rumah, tiba-tiba dua lelaki memakai topeng dan bertopi keledar meluru masuk.

"Seorang suspek bertindak mengikat suami mangsa dengan kain selendang tetamu wanita itu manakala tetamu lelaki diugut dengan parang diletakkan di lehernya," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata mangsa dibawa ke bilik tidur oleh kedua-dua suspek sebelum melarikan diri.

"Selepas itu, tetamu lelaki itu ke bilik tidur berkenaan dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah," katanya.

Harith berkata pihaknya menemui parang di luar kediaman yang disyaki dibuang suspek.

"Barang kemas mangsa yang bertaburan di atas katil dan meja solek tidak diambil kedua-dua suspek itu.

"Hasil siasatan, suami mangsa berkata hubungannya dengan tetamu wanita itu amat buruk dan mereka datang ke rumah untuk meminta wang perbelanjaan daripadanya kerana mendakwa mengabaikan kebajikan wanita berkenaan dan seorang anaknya yang sedang sakit tenat, katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat, katanya.

Harith berkata polis telah menahan kedua-dua tetamu di rumah mangsa untuk membantu siasatan manakala kedua-dua lelaki yang melarikan diri masih diburu.

"Polis masih belum pasti kejadian bermotif samun atau konflik keluarga.

Kedua-dua tetamu telah ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Taiping , Tetak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan