Lima Suspek Culik Dan Bunuh Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 3:22 PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (bertopi keledar merah) cuba memadamkan kebakaran pada demotrasi program latihan kebakaran di Menara 1 Bukit Aman, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima suspek warga Myanmar ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes menculik dan membunuh dua warga Bangladesh di Genting Highlands, Pahang, bulan lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam kejadian itu lima suspek berkenaan dipercayai telah menculik lalu membunuh mangsa sebelum mencampakkan mayat mereka ke dalam sebuah gaung.

"Apabila suspek tidak dapat wang tebusan seperti yang diharapkan, mangsa dibawa ke hutan sebelum membunuh kedua-duanya dan mencampak mayat mereka ke dalam gaung.

"Motif penculikan itu untuk mendapatkan wang tebusan daripada kedua-dua mangsa," katanya dalam sidang media sempena Latihan Kebakaran Peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Menara 1.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Noor ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas yang memperincikan maklumat serta penahanan suspek berkaitan kes itu 5.30 petang esok.

Terdahulu, satu sesi latihan kebakaran diadakan di Menara 1, Bukit Amani pada pukul 9.30 pagi tadi, bagi menunjukkan keprihatinan PDRM terhadap pentingnya warga PDRM mendapat pengetahuan asas mengenai aspek keselamatan kebakaran di pejabat.

Susulan itu, PDRM akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk melatih anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengendalikan 'meriam air' jika berlaku kebakaran.

"FRU akan menjadi respons pertama dalam sebarang kecemasan terutamanya kebakaran dalam kompleks PDRM seperti kompleks FRU, Maktab PDRM dan Pasukan Gerakan Am di Cheras.

"Selain 'meriam air' digunakan ketika demonstrasi haram ia juga boleh digunakan pada waktu kecemasan untuk memadam kebakaran, pihak bomba sudah menyatakan kesediaan mereka untuk melatih anggota FRU," katanya.

Khalid berkata perbincangan lanjut mengenai kerjasama itu sedang dilakukan dengan bomba.

Tags / Kata Kunci: Bukit Aman , Bomba

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan