Proses Ekstradisi Kes Culik Dan Bunuh Rakyat Malaysia Telah Dibuat - Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 8:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan permohonan ekstradisi kepada pihak berkuasa Filipina terhadap dua suspek dipercayai terlibat menculik dan membunuh rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata permohonan berkenaan dibuat menerusi Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar kepada pihak berkuasa negara berkenaan.

"Polis akan menunggu proses seterusnya dan kita mempunyai keterangan untuk mendakwa mereka di mahkamah negara ini," katanya pada sidang media sempena Latihan Kebakaran Peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Menara 1, Jumaat.

Ditanya sama ada laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) Then telah diterima oleh PDRM, Khalid berkata pihaknya masih lagi menunggu keputusan DNA berkenaan.

Dua anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang ditahan Jumaat lepas dipercayai terbabit dalam penculikan dan pembunuhan jurutera berusia 39 tahun itu pada 17 November lalu.

Media antarabangsa melaporkan Then dipenggal kepalanya di lokasi terpencil yang menjadi kubu kuat militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Then yang berasal dari Sarawak diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama pengurus restoran itu, Thein Nyuk Fun, 50.    

Thien bagaimanapun dibebaskan pada 8 November lepas.

Sementara itu, mengenai kes timbalan pendakwaraya Anthony Kevin Morais, Khalid berkata polis telah meminta adik mangsa Charles Morais menyerahkan pemacu USB yang didakwa mempunyai maklumat berkaitan pembunuhan abangnya.

"Saya sudah banyak kali pesan kalau dia (Charles) tidak mahu berjumpa dengan polis serahkan sahaja pemacu USB itu kepada kami untuk meneruskan siasatan. Jangan salahkan polis kerana tidak mengambil tindakan," katanya.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, Selangor pada 16 September lepas, dan sebelum itu Morais dilaporkan hilang pada 4 September lepas.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta disini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Tags / Kata Kunci: Bernard Then Ted Fen , penculik , bunuh

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan