Polis Siasat Kes Pelakon Australia Larikan Anak Daripada Bekas Suami

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 8:19 PM

Law Hong Soon

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat kes seorang pelakon wanita Australia, Eliza Szonert yang didakwa melarikan anak lelakinya daripada bekas suaminya, Ashley Crick di sebuah restoran di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata Crick telah membuat laporan polis berhubung kes itu di Balai Polis Brickfields malam tadi.

"Saya percaya kes ini lebih menjurus kepada konflik keluarga yang dialami mereka...polis akan mengesan Eliza Szonert dan seterusnya mengambil keterangan daripada beliau," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Law berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan anak.

Pada Khamis, sebuah portal berita memetik laporan The Sydney Morning Herald mendedahkan Szonert ditemani dua orang lelaki ke sebuah restoran di sebuah pusat membeli belah di sini pagi semalam untuk menemui Crick sebelum melarikan anak lelakinya.

Laporan itu menyebut Szonert datang ke Malaysia bersama anaknya untuk tinggal bersama Crick yang menetap dan bekerja di sini, sebelum berlaku pertelingkahan antara mereka berdua.

Bagaimanapun memetik laporan akhbar itu, Szonert difahamkan masih gagal pulang ke Australia bersama anak lelakinya kerana Crick dipercayai menyimpan pasport bekas isterinya itu.

Tags / Kata Kunci: Eliza Szonert , Datuk Law Hong Soon

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan