Remaja Lelaki 19 Tahun Ditahan Terlibat Dengan Militan Di Syria - Berita Jenayah | mStar

Remaja Lelaki 19 Tahun Ditahan Terlibat Dengan Militan Di Syria

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 8:27 PM

Remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan terlibat dengan kegiatan militan di Syria.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat dengan kegiatan militan di Syria di tahan di LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berasal dari Perak itu ditahan oleh anggota Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia selepas kembali dari Syria melalui Turki.

"Bekas pelajar sebuah kolej di Kaherah, Mesir, direkrut untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria pada pertengahan 2014 selepas berinteraksi melalui Facebook dengan seorang daripada anggota pengganas dari Syria.

"Pada hujung September 2014, anggota pengganas itu mengatur penyusupan masuk suspek ke Syria melalui Turki," katanya menerusi kenyataan di sini, Jumaat.  

Beliau berkata siasatan mendapati suspek menyertai satu daripada kumpulangabungan Al Qaeda di Syria dikenali dengan nama Jund Al Aqsa. 

"Suspek menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di beberapa kem kumpulan pengganas di Hamar dan Idlib di Syria," katanya.

Khalid berkata suspek juga didedahkan dengan kemahiran mengendalikan senjata api AK47, Rocket-propelled grenade (RPG), machine gun, senjata anti kereta kebal dan bom tangan. 

"Suspek juga terlibat dalam hampir 100 operasi ketenteraan bersama kumpulan itu," katanya. Beliau berkata suspek ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Bab VIa, kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).-Bernama

Tags / Kata Kunci: Militan , Remaja Lelaki , Syria
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan