PDRM Rakam Kenyataan Justo Di Bangkok 15 Disember Ini

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 9:15 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam kenyataan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PetroSaudi) Xavier Andre Justo yang kini ditahan di Bangkok, Thailand, berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Selasa depan (15 Disember).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tarikh tersebut telah ditetapkan polis Thailand.   

"Satu pasukan anggota PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh akan berangkat ke sana untuk menemu bual Justo," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia ke-27 di sini, Khamis.

Turut hadir Presiden Persatuan Polis Bantuan Baharuddin Othman dan Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye.     

Justo, 49, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan di Thailand pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi sebanyak 2.5 Juta Swiss Frane (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Bernama pada 5 Disember lepas melaporkan rakaman kenyataan Justo berhubung isu 1MDB yang djadual pada Selasa lepas (8 Dis) tetapi terpaksa ditangguhkan pihak polis Thailand.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata terdapat perkembangan baharu berhubung tangkapan kumpulan militan IS yang dilakukan pada Rabu namun kenyataan berhubungnya akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Memang ada tangkapan baharu semalam ... bila (siasatan) dah siap (selesai) nanti kita keluarkan kenyataan. Ada pertimbangan-pertimbangan sebelum kita mengeluarkan kenyataan kerana operasi belum selesai," katanya.

Sementara itu, beliau berkata terdapat sebanyak 27,058 kekosongan bagi jawatan polis bantuan melibatkan 212 agensi yang telah diluluskan penubuhannya di seluruh negara.

Katanya kajian semula berkaitan peraturan polis bantuan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

"Kita tidak dapat nafikan bahawa kehadiran polis bantuan ini membantu menurunkan jenayah terutama jenayah jalanan di negara ini," katanya. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan