Suami Isteri Ditahan Disyaki Terlibat Mengedar Dadah

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 3:29 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang wanita warga Thailand ditahan berikutan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM23,000 dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Gong Pasir, di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun Superitendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, serbuan dan penahanan yang dilakukan itu ekoran tangkapan ke atas suami suspek di bawah langkah-langkah pencegahan khas (LLPK).

"Kita juga telah melakukan serbuan dan menahan seorang wanita warga Thailand yang merupakan isteri kepada suspek pada petang itu juga di rumah sewa mereka.

Hasil pemeriksaan lanjut, kita menjumpai dadah dipercayai pil kuda dan syabu yang disorokkan dalam sebuah bilik," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Dalam serbuan itu, pihaknya menemui enam plastik biru yang mengandungi 1,200 pil disyaki pil kuda bernilai RM18,000 yang dianggarkan seberat 117.65 gram.

Selain itu, turut ditemui bersama 10 paket mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu bernilai RM5,000.

Menurutnya lelaki warga tempatan yang berusia 25 tahun itu telah aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak empat tahun lalu dan pasangan itu juga baru berkahwin November lepas.

Jelasnya pihak polis tidak menolak kemungkinan bekalan itu diperoleh dari negara jiran dengan menggunakan isterinya yang berusia 26 tahun itu sebagai orang tengah bagi mendapatkan bekalan dadah berkenaan untuk edaran sekitar Dungun.

"Lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai banyak rekod lampau atas kesalahan dadah dan kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penglibatan isterinya dalam kegiatan ini sama ada terlibat secara langsung atau sebaliknya," katanya.

Pasangan berkenaan ditahan reman sehingga 13 Disember ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan