Dua Maut, Seorang Parah Dalam Kemalangan Empat Kenderaan

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tangki dengan empat kereta di KM45.2 Lebuh Raya Senai-Desaru, dekat Kota Tinggi, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Abdul Samad Salleh berkata dalam kejadian pada 6.30 pagi itu, Haris Yusuf, 53, yang memandu kereta Proton Wira dan Tan Hock Sing@Mohamed Abdullah, 68, pemandu Perodua Myvi, maut di tempat kejadian.

Sementara, Mohd Ariffin Ngah, pemandu Nissan Sunny mengalami kecederaan parah.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika Haris yang datang dari arah Pasir Gudang menuju ke Desaru, Kota Tinggi bertindak memotong sebuah kenderaan lain lalu bertembung dengan sebuah lori tangki dari arah Desaru menuju Pasir Gudang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Akibatnya, lori tangki berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Perodua Myvi, Nissan Sunny serta sebuah lagi Proton Wira.

Beliau berkata kedua-dua pemandu berkenaan maut akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini, untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Tags / Kata Kunci: Kota Tinggi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan