15 Penumpang Cedera Bas Ekspres Terbalik

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seramai 15 penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 167.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini awal pagi Ahad.

Pegawai Trafik Kontinjen Pulau Pinang, DSP Tan Boon Hooi berkata, dalam kemalangan pada kira-kira 5.50 pagi itu, penumpang yang cedera terdiri daripada lapan wanita dan tujuh lelaki berusia antara 18 dan 45 tahun.

"Semasa kemalangan, bas ekspres yang membawa 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Larkin, Johor menuju ke Kangar, Perlis.

"Menurut pemandu bas berusia 40-an, semasa tiba di lokasi kejadian secara tiba-tiba sebuah motosikal keluar dari tepi kiri jalan dan masuk ke laluan bas di lebuhraya berkenaan," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata, pemandu bas ekspres itu cuba mengelak motosikal berkenaan sehingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan sebelum terbalik di atas jalan.

Tan berkata, semasa kejadian terdapat beberapa kenderaan lain di belakang bas berkenaan, namun pemandunya sempat mengelak.

Katanya, beberapa pengguna jalan raya bertindak membantu mengeluarkan penumpang dari bas berkenaan sebelum bantuan daripada pihak bomba tiba.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 29, berkata semasa kejadian beliau belum tidur kerana bas berkenaan baru 20 minit berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol.

"Ketika itu, saya sedang melihat telefon bimbit dan tiba-tiba rasa macam bas mengelak sesuatu sebelum terbalik, kebanyakan penumpang yang tengah tidur terkejut dan menjerit.

"Saya mengalami kecederaan luka di tangan dan lebam di kepala akibat terhantuk," katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Johor Bharu dan dalam perjalanan pulang ke Alor Star. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan