Lelaki Maut Dalam Pergaduhan Di Skudai

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 8:24 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki maut dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kebudayaan 6, Taman Universiti, Skudai, di sini, tengah malam Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa  yang bekerja sebagai buruh binaan di Singapura dipercayai ke pusat hiburan itu bersama adiknya dan seorang wanita. 

Beh, dalam satu kenyataan di sini berkata mangsa dikenali sebagai Lim Chin Beng, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Hasil siasatan awal, tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita dalam lingkungan usia 42 hingga 58 tahun sedang minum di meja berhampiran mangsa.

"Bagaimanapun berlaku salah faham antara mangsa dan suspek sehingga menyebabkan insiden pergaduhan di pusat hiburan berkenaan tidak berlesen itu.

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat luka di pergelangan tangan kanan, lebam pada rusuk kanan, luka bahagian belakang kepala, luka pada telinga kiri dan luka hirisan pada pada leher bawah telinga kiri," kata Beh. 

Berikutan kejadian itu, pihaknya turut menahan dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian, dua jam selepas itu. 

Suspek terdiri daripada seorang peniaga kedai telefon bimbit dan isterinya yang juga peniaga kedai salon selain seorang kontraktor binaan. 

Beh berkata turut dirampas pakaian suspek yang mempunyai kesan darah. 

Pasangan suami isteri berkenaan mempunyai kesan luka di dahi, jari telunjuk serta kaki manakala seorang lagi suspek tidak cedera. 

"Pergaduhan dipercayai menggunakan botol minuman keras dan semua suspek direman dan ditahan selama tujuh hari sehingga 11 Disember ini," kata beliau.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat," katanya. 

Selain itu, pengusaha premis dan deejay turut ditangkap kerana didapati menjalani perniagaan tanpa lesen hiburan selain ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata premis itu didapati baru beroperasi kira-kira dua minggu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Maut Bergaduh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan