Ahli Perniagaan Malaysia Ditembak Mati Di Hatyai

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 9:00 PM

Lee Ah Han.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

HATYAI: Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah hari tadi oleh pihak yang belum dikenali semasa dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla.

Mangsa dikenali sebagai Lee Ah Wan, 54, yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla.

Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Wichapan Chantaraporn berkata, Lee ditembak semasa berada dalam sebuah Mercedes Ben S300 bersama teman wanitanya yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau berkata, penembak yang berada dalam sebuah kereta menggunakan raifal M16 untuk melepaskan berpuluh-puluh tembakan ke arah kereta mangsa di Jalan Kanchanavanich, Kg Klongplom, Mukim Thunglung, Hatyai.

Lee terkena lebih 10 das tembakan di kepala dan badan serta terdapat berpuluh kesan tembakan pada keretanya, kata Wichapan.

Motif pembunuhan masih disiasat sama ada turut mempunyai kaitan dengan soal perniagaan. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan