Nelayan Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Dari Bot

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari botnya ketika menangkap ikan di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda, kira-kira 8.30 pagi Khamis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Razmi Abd Rashid berkata, mangsa dikenali Edy Rosmizam Mohamad, 33, berasal dari Kampung Sungai Yu, Kota Kuala Muda.

Beliau berkata, kejadian itu disedari rakan mangsa, seorang nelayan yang berada berdekatan bot mangsa, yang kemudiannya bertindak membuat laporan.

Mohd Razmi berkata panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.36 pagi, sebelum jentera pertama tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Setakat pukul 11 pagi tadi, mangsa belum ditemui dan usaha mencari masih diteruskan, katanya.

Tags / Kata Kunci: Nelayan , Sungai Petani

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan