Pemuda Ditembak Selepas Balik Tonton Bola Di TV

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Seorang pemuda berusia 20 tahun cedera pada kedua belah kaki dipercayai akibat ditembak dua individu di Kampung Pauh Sembilan, Tawang di sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1.45 pagi ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah abangnya yang berdekatan kawasan kejadian selepas menonton perlawanan bola sepak menerusi televisyen di sebuah kedai makan.

"Setelah sampai di simpang tiga berdekatan rumah abangnya itu, mangsa didatangi dua lelaki berpakaian gelap, memakai helmet dan menunggang sebuah motoikal dari arah belakang mangsa sebelum seorang suspek melepaskan tembakan.

"Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu melarikan diri ke rumah abangnya sebelum mendapati kedua-dua kakinya berdarah akibat tembakan tersebut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, Khamis.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan lanjut oleh abangnya.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata siasatan awal mendapati mangsa tidak mengetahui motif dia ditembak dan semakan terhadap rekod mendapati mangsa tidak pernah terlibat dengan sebarang kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun menurut keterangan abangnya, mangsa pernah memberi keterangan di sebuah mahkamah berhubung satu kes dadah.

"Kita akan menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.

Sementara itu, seorang abang mangsa yang enggan dikenali berkata mangsa keluar rumah pada pukul 9 malam untuk bertemu dengan sepupu mereka sambil menonton perlawanan bola sepak.

"Saya terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada emak yang memberitahu adik saya kemalangan dan saya bergegas membawanya ke HUSM Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Polis , Tembak

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan