Juruteknik Komputer Ditemui Mati Di Kuarters Guru SMK Sura

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 7:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan seorang juruteknik komputer yang tidak hadir bertugas selama dua hari akhirnya terjawab apabila beliau ditemukan mati di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sura, di sini pagi Khamis.

Muhammad Hafiz Che Kamarudin, 31, yang bertugas di sekolah tersebut dijumpai terbaring di ruang tamu rumahnya pada pukul 10 pagi oleh seorang kakitangan sekolah.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata semasa kejadian, mangsa yang tinggal berseorangan dilaporkan tidak hadir bertugas sejak Selasa.

Katanya, curiga dengan kehilangan itu, pengetua sekolah berkenaan telah mengarahkan seorang kakitangannya ke rumah mangsa bagi mengesannya.

"Sebaik tiba, pekerja tersebut terhidu bau busuk dari dalam rumah tersebut sebelum menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.

"Kami terpaksa memecahkan pintu rumah tersebut kerana ianya berkunci dari dalam dan mendapati mangsa terbaring di lantai ruang tamunya," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Katanya pihak polis percaya mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh dua hari berdasarkan keadaan mayat dan menolak unsur-unsur jenayah terhadap mangsa.

Mangsa yang berasal dari Kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak, dikatakan pulang ke Perak untuk menghantar mereka ke rumah saudaranya sebelum kejadian. 

"Hasil sisatan awal, kita dapati tiada sebarang pencerobohan masuk ke dalam rumah mangsa. Malah keadaan rumah mangsa juga berkeadaan baik manakala dompet, wang tunai serta pengenalan diri masih selamat dalam poket seluar mangsa," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan