Empat Ejen Emas Kerugian RM1.4 Juta Disamun Di RnR Tapah

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Empat ejen emas kerugian wang tunai RM1.4 juta selepas disamun lima lelaki bersenjata pistol dan tukul besi di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R and R) Tapah pada Rabu.

Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh berkata kejadian pada pukul 9.15 malam itu berlaku ketika empat mangsa berumur antara 20 dan 30 tahun menaiki kereta jenis Mercedes Benz dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan berhenti di stesen minyak itu untuk membeli makanan.

"Dua daripada lelaki tersebut keluar membeli makanan, manakala dua lagi menunggu di dalam kereta dan pada masa yang sama dua buah kereta jenis Toyota Vios berhenti di hadapan kereta mangsa, manakala sebuah kereta Jenis Honda Civic berhenti di belakang.

"Lima lelaki yang tidak dikenali masing-masing memakai topeng, topi keledar serta kain penutup muka, keluar dari kereta dan mendekati mangsa lalu bertindak memecahkan cermin hadapan serta belakang sebelah kiri kereta Mercedes Benz itu.

"Dua daripadanya mengacukan pistol ke arah mangsa sambil melarang keluar dari kereta manakala seorang lagi memegang tukul besi," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Seminar Pencegahan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Khamis.

Seorang daripada suspek membuka bonet belakang kereta mangsa, lalu mengambil satu kotak milo dan satu kotak air mineral yang mengandungi wang tunai berjumlah RM1.4 juta dan melarikan diri ke arah selatan, katanya.

Beliau berkata semasa kejadian semua pelanggan di stesen minyak termasuk rakan-rakan mangsa tidak berani berbuat apa-apa kerana semua suspek bersenjata.

"Kesemua mangsa tidak dicederakan kerana tiada sebarang tembakan dilakukan dan siasatan mendapati kereta yang digunakan suspek adalah kereta curi," katanya.

Katanya semua suspek masih belum dapat dikesan sehingga hari ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kesemua mangsa melakukan urusan jual beli emas secara haram dan tidak mempunyai sebarang lesen.

"Mereka dikatakan telah mengutip wang daripada beberapa kedai emas di Pulau Pinang untuk membeli barang kemas di Kuala Lumpur," katanya.

Tags / Kata Kunci: Samun , Pengedar Emas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan