Lelaki Ditahan Ketika Cuba Curi Kereta Mewah

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 9:00 PM

Swee Meng menunjukkan barang rampasan yang ditemui susulan kes pecah rumah.

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Sekumpulan perompak yang kembali ke rumah yang dipecah masuk untuk mencuri kereta mewah BMW milik seorang ahli perniagaan membawa padah apabila ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Superitendan Lee Swee Meng berkata, pemilik rumah berusia 24 tahun yang juga ahli perniagaan dalam talian ke Genting Highland apabila mendapat panggilan daripada bapanya pada kira-kira pukul 6 petang, 28 November lalu.

"Bapanya memberitahu pencuri memecah masuk kediamannya. Sebaik tiba di rumah pada 7.30 malam, dia mendapati kunci pintu dirosakkan dan bilik tidurnya berselerak.

"Pencuri itu mengambil tiga rantai emas, tiga gelang, dua rantai kaki, lima cincin emas, dua cincin berlia, telefon bimbit, kunci kereta dan wang tunai RM1,000," katanya kepada pemberita pada sidang media, Khamis.

Swee Meng berkata, dua hari kemudian, polis peronda mengesan dua lelaki memanjat pagar kediaman ahli perniagaan itu pada pukul 8.45 malam pada 30 November.

"Kedua-dua lelaki itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis. Bagaimanapun kami berjaya menahan seorang suspek," katanya.

Beliau menambah, seorang lagi yang melarikan diri dengan menaiki kenderaan BMW bersama seorang lagi rakan mereka.

"Ketika itu, ahli perniagaan itu berada di rumah bapanya yang terletak berhampiran ketika kejadian itu berlaku," jelasnya.

Beliau berkata, suspek berusia 36 tahun kemudiannya membawa polis ke sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur di mana peralatan memecah rumah ditemui didalam dua bilik.

Dua lelaki, masing-masing Koh Kim Huat, 47 dan Ngai Fook Seng, 33 diarah tampil untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Lee Swee Meng , Genting Highland , BMW

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan