Mayat Kedua Mangsa Lemas Sungai Kuyoh Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 3:12 PM

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa lemas kedua Sungai Kuyoh pada pukul 10.10 pagi, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lagi kanak-kanak mangsa lemas yang ditemui di Sungai Kuyoh berdekatan Kem Perdana Sungai Besi, di sini pagi ini, dikenal pasti sebagai Joshnuel Usin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mangsa yang berusia sembilan tahun ditemui ayahnya bersama pasukan pencari di sungai berkenaan pada pukul 10.10 pagi.

"Joshnuel ditemui pada jarak kira-kira 100 meter dari lombong berhampiran Kampung Muhibbah di Cheras.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Selasa, mayat Remy Julian Raymond Joe, 14, ditemui di Tasik Muhibbah pada  10.30 pagi, kira-kira 20 km dari lokasi mangsa dilaporkan hilang akibat arus deras.

Kok Sin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas, Joe Jerry Primus, 12, diteruskan dengan penyertaan 182 anggota dan pegawai pelbagai agensi antaranya Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin lalu, Joe, Joshnuel dan Remy  merupakan antara lapan remaja dan kanak-kanak yang pergi memancing di sungai berkenaan.

Namun, ketiga-tiga mereka hilang selepas dibawa arus deras manakala lima yang lain terselamat. 

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya turut melakukan rondaan SAR melalui udara menggunakan helikopter dalam usaha mencari Joe.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan