Ibu Ditahan Susulan Penemuan Mayat Dua Anak Lelaki - Berita Jenayah | mStar

Ibu Ditahan Susulan Penemuan Mayat Dua Anak Lelaki

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 9:39 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang ibu berusia 35 tahun berikutan penemuan mayat dua anak lelakinya berusia tiga dan lima tahun di sebuah rumah di Taman Wira, Sungai Petani pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata dalam kejadian 3 petang itu, dua mayat kanak-kanak tersebut, ditemui datuknya berusia 60-an yang juga penghuni di rumah berkenaan, di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah tersebut.

"Apabila dia (datuk) balik, buka pintu bilik tidur anak perempuannya, dia dapati dua cucu dalam keadaan terlentang atas tilam dan berlumuran darah," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Suspek berusia 35 tahun yang juga suri rumah itu pula katanya kelihatan duduk di bucu bilik berkenaan bersama dua bilah pisau dapur.

Jelasnya, polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kelaran di leher dan tangan kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut, dan kesan kelaran di leher abang kanak-kanak terbabit.

Polis turut merampas dua bilah pisau itu untuk tindakan lanjut.

Mohd Nashir berkata suami kepada suspek tidak tinggal bersama kerana bekerja di Singapura sebagai tukang masak selama hampir lima tahun dan hanya balik sekali-sekala.

Beliau berkata suspek kini ditahan polis dan sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini (di bawah tahanan polis), manakala kedua-dua mayat  kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan