PDRM Mohon Ekstradisi Suspek Penggal Kepala Bernard Then

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 2:41 PM

Mangsa, Bernard Then

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mohon ekstradisi daripada kerajaan Filipina bagi membawa balik suspek penculikan di Sabah yang telah ditahan pada Sabtu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka menerima maklumat Kadafi Kamsa dan Saddam Jailani yang dipercayai bertanggungjawab memenggal kepala Bernard Then Ted Fen, 39, telah ditahan secara berasingan.

"Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina untuk menyerahkan mereka ke sini untuk disiasat dan kami dalam proses untuk menghantar permohonan rasmi," katanya dalam sidang media di Bukit Aman pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: Jolo , Abu Sayyaf

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan