Pecah Amanah: Dua Lagi Pegawai Kanan Polis Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 7:12 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi pegawai kanannya pada Sabtu yang disyaki terlibat dalam kes pecah amanah bagi kontrak baik pulih Bangunan Bukit Aman bernilai RM1.5 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jumlah mereka yang ditahan setakat ini menjadi sembilan orang keseluruhannya dan reman terhadap mereka akan disambung mengikut keperluan.

"Kalau tak selesai lagi siasatan, kita akan sambung reman. Ada yang kita akan sambung (reman) dan ada yang tidak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kejohanan Karate Piala Ketua Polis Negara 2015 di Kompleks Sukan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini, Ahad.

Khalid berkata, pihaknya masih menyiasat sekiranya terdapat individu lain yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Siasatan masih berjalan...jika ada lagi yang akan ditahan, kita akan ambil tindakan yang sama terhadap mereka," katanya.

Pada 22 November lepas, tujuh individu termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah RM1.5 juta membabitkan kontrak mengubah suai dan membaik pulih ibu pejabat Polis Bukit Aman. 

Mereka yang ditahan terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai bawahan dan juga kontraktor.

Polis turut menyita beberapa kenderaan mewah dan juga akaun bank milik mereka. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan