25 Rumah Kongsi Di Bukit Tambun Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Kira-kira 100 pekerja asing tinggal sehelai sepinggang selepas 25 unit rumah kongsi yang didiami mereka di sebuah tapak pembinaan di Lorong Merpati Indah, Bukit Tambun dekat sini musnah dalam kebakaran Sabtu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.54 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

"Ketika pihak bomba tiba, api sedang marak dan sebahagian rumah kongsi yang diperbuat daripada papan dan kayu itu telah terbakar," katanya di sini Sabtu.

Menurut PGO seramai 20 pegawai dan anggota dengan dua jentera dibantu anggota bomba sukarela terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.
Katanya pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak pada pukul 12.12 tengah hari dan memadam keseluruhan api kira-kira lima minit kemudian.

Kenyataan PGO itu menjelaskan semasa kejadian kebakaran kebanyakan penghuni rumah kongsi itu berada di tapak pembinaan dan sedang bekerja.

"Ada beberapa pekerja dan isteri mereka berada di rumah dan mereka berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran berkenaan," katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, seorang penghuni rumah kongsi berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ayub, 40-an berkata semasa kejadian dia sedang berrehat kerana balik untuk makan tengah hari apabila terdengar jeritan beberapa rakannya yang memaklumkan ada kebakaran.

"Saya keluar melihat dan nampak api dari rumah hujung, saya masuk dan panggil dua lagi kawan untuk keluar. Kami tidak sempat ambil apa-apa sebab api semakin marak," kata warga Indonesia itu.

Tags / Kata Kunci: rumah kongsi , kebakaran , PGO

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan