Ibu Saudara Dan Suami Di Sebalik Penculikan Bayi

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 8:37 AM

Bayi yang diculik (bawah, kanan) dan suspek yang ditahan di sebuah pusat tuisyen.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis percaya dapat menyelesaikan kes penculikan seorang bayi lelaki berusia 12 hari di Kota Laksamana di sini pada 24 November lepas dengan penahanan empat suspek termasuk seorang dalang.

Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata kesemua suspek warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 25 tahun iaitu tiga wanita dan seorang lelaki itu ditahan di sini malam Rabu.

Beliau berkata dengan penahanan keempat-empat suspek itu, polis dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh kurang daripada 48 jam.

Chua berkata susulan kejadian pada Selasa lepas, ibu mangsa menerima khidmat pesanan ringkas daripada suspek pukul 6.52 petang meminta beliau menyerahkan wang tebusan RM300,000 dan selepas berbincang penculik terbabit bersetuju mengurangkan jumlah itu kepada RM200,000.

"Keluarga mangsa kemudian membuat bayaran tebusan di sebuah premis pusat tuisyen di Pulau Gadong di sini kira-kira 10.30 malam tadi seperti yang dikehendaki suspek berkenaan.

"Polis kemudian menyerbu premis tersebut serta menahan tiga wanita dan menyelamatkan bayi tersebut. Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai bapa saudara mangsa," katanya dalam sidang akhbar di sini Khamis.

Chua berkata siasatan lanjut mendapati dua daripada empat suspek adalah ahli keluarga kepada mangsa berumur 25 dan 24 tahun.

Beliau berkata bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan dan motif penculikan dipercayai disebabkan suspek mempunyai masalah kewangan.

Beliau berkata kesemua suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan