Dua Kanak-Kanak Lemas Terjatuh Dalam Perigi Lama

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Dua kanak-kanak lemas dalam sebuah perigi lama yang terletak di dalam kebun kelapa sawit, berhampiran rumah mereka di Kampung Alur Belanga, Alor Keladi dekat Jerteh di sini petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Khaled Che Lah berkata, mangsa Mohd Nabil Nuriman Mohd Lazim, 9, dan Muhammad Amirul Hakim Syahrul Azman, 7, dipercayai bersama seorang lagi rakannya Muhammad Izul Apiq Amirozi, 8, telah bermain di satu kawasan lopak air dalam kebun itu, kira-kira 100 meter dari rumah Mohd Nabil Nuriman.

"Ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak menyedari bahaya bermain air di kawasan itu sebelum mereka terjatuh ke dalam perigi yang sama paras dengan lopak air," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Menurut beliau, Muhammad Izul Apiq yang berjaya menyelamatkan diri meminta pertolongan daripada bapanya yang bergegas mengeluarkan kedua-dua mangsa dari telaga itu serta meminta anak lelakinya itu pergi memberitahu kejadian tersebut kepada bapa Mohd Nabil Nuriman kira-kira pukul 5 petang.

"Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Besut namun telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk rawatan.

Mohd Nabil Nuriman merupakan pelajar kelas Program Pendidikan Khas Intervensi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi, Jerteh manakala Muhammad Amirul Hakim dari SK Kampung Nangka, Kuala Besut.

Menurut Khaled, siasatan mendapati paras air perigi yang tidak dipagar itu didapati meningkat lebih empat meter akibat daripada hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu. 

Perigi lama itu masih digunakan oleh pemilik kebun sawit untuk mendapatkan sumber air bagi tujuan pertanian terutama pada musim panas.

Sementara itu bapa Mohd Nabil Nuriman, Mohd Lazim Muhammad, 44, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Besut berkata anak kelima daripada sembilan adik-beradik itu makan tengah hari bersamanya di rumah sebelum mangsa keluar tanpa disedari untuk bertemu dua rakannya itu. 

Katanya, beliau terkejut apabila seorang daripada rakannya yang terselamat datang ke rumahnya untuk memaklumkan yang anaknya itu lemas di perigi lama. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Khaled Che Lah , Alor Keladi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan