Warga Emas Ditemui Mati Dengan Kesan Torehan Di Perut

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 11:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas ditemui mati dengan kesan torehan di perut di dalam rumah yang berkunci di Serdang Jaya, dekat sini, Selasa.

Lelaki berusia 75 tahun itu yang tinggal bersendirian ditemui terlentang di atas katil di tingkat dua rumahnya selepas polis memecah masuk rumah berkenaan. 

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 1.11 tengah hari itu mangsa ditemui dengan tiga kesan torehan kecil sepanjang satu inci di bahagian perut sebelah kiri dan satu torehan bahagian tengah perut.

"Adik ipar mangsa sebelum itu buat laporan kepada polis kerana risau abangnya yang dikatakan tidak sihat tidak menyahut panggilan beliau. Kita memecah masuk melalui pintu hadapan rumah berkenaan dan menemui mangsa dengan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang tujuh inci di atas katil," katanya.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai baharu meninggal dunia kira-kira tiga jam sebelum ditemui.

Bagaimanapun, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada mangsa membunuh diri.

Polis juga mendapati tiada sebarang kesan umpil pada semua pintu, tidak ada sebarang kesan berselerak selain maklumat jiran yang tidak mendengar sebarang bunyi pergelutan berlaku di dalam rumah mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Adik ipar mangsa yang tinggal bersebelahan rumah mangsa, kini dipanggil untuk membantu siasatan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan