Remaja Cedera Ditendang Dalam Kejadian Ragut

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 12:59 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang remaja lelaki cedera di kedua-dua lengan, jari tangan serta kedua-dua kaki akibat ditendang ketika sedang menunggang motosikal dalam kejadian ragut di Jalan Permatang Pauh, di sini, Isnin.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa berusia 20 tahun sedang menunggang motosikal sendirian dari Jalan Telaga Air menghala Jalan Permatang Pauh sebelum dihampiri sebuah motosikal.

"Motosikal jenis Yamaha LC warna biru dan putih ditunggang seorang lelaki itu menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum suspek terbabit bertindak meragut rantai leher yang dipakainya.

"Mangsa cuba mengejar suspek bagaimanapun sebuah lagi motosikal jenis Yamaha 125z warna biru yang ditunggang seorang lelaki menghampirinya dan penunggangnya bertindak menendang motosikal remaja itu serta menyebabkan dia terbabas sebelum terjatuh," katanya di sini, Selasa.

Jurucakap polis itu berkata berikutan kecederaan yang dialaminya itu, mangsa mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya sebelum membuat laporan polis.

"Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM3,000 akibat kejadian itu dan motosikalnya turut rosak iaitu calar di beberapa bahagian manakala lampu hadapan pecah," katanya.

Beliau berkata mangsa tidak nampak wajah dua lelaki itu kerana mereka memakai topi kaledar visor penuh dan tidak sempat melihat nombor pendaftaran motosikal mereka kerana kejadian berlaku tidak sampai dua minit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya usaha mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Tags / Kata Kunci: Ragut , Polis

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan