Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 381 Orang

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 1:06 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 381 orang daripada 97 keluarga setakat 10 pagi ini berbanding 365 orang semalam, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahya Madif.

Mangsa terbaharu membabitkan Kampung Parit Abu Hassan di Bagan Serai dengan jumlah dipindahkan seramai sembilan orang daripada dua keluarga dan kesemua mangsa terbabit ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.

Sementara itu, di kawasan Bukit Merah, Batu 38 dan 40, seramai 51 orang daripada 16 keluarga masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata mangsa banjir di daerah Hilir Perak membabitkan Kampung Mesra Batu 7, Changkat Jong, Lorong Mesra, Kampung Batu 9, Teluk Intan, Lorong Kedah serta Kampung Baru Batu 8 kekal 73 orang daripada 20 keluarga dan kesemua mangsa banjir berada di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.

Di Kampung Parit 7, Teluk Intan seramai 29 orang daripada tujuh keluarga pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Teluk Intan.

Sementara itu, di Pantai Remis mangsa tanah runtuh yang membabitkan 83 orang daripada 22 keluarga dari Kampung Padang Serai, Pengkalan Bharu masih berada di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.

Seramai 66 orang daripada 15 keluarga dari Bagan Serai membabitkan Kampung Matang Tengah, Kampung Air Hitam dan Changkat lobak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.

Sementara itu, mangsa banjir di Sungai Siput membabitkan Kampung Tok Sirat seramai 52 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat manakala penduduk Kampung Lasah seramai 18 orang daripada empat keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Lasah.

Paras air kekal antara 0.3 meter hingga 1.2 meter di kampung terbabit terutama di kawasan berhampiran sungai, katanya.

Yahya berkata agensi yang terlibat membantu mangsa banjir ialah JBPM, RELA, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tags / Kata Kunci: Perak , Banjir

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan