Pukul Kru Feri: Polis Tahan Dua Suspek

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 12:31 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian seorang kru feri cedera dipukul sekumpulan lelaki ketika feri hendak berlabuh di terminal feri Raja Tun Uda di Weld Quay, di sini 12 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dua lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di daerah Timur Laut di sini kira-kira pukul 3.48 petang Ahad.

"Susulan insiden itu, polis melancarkan gerakan mencari mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan dan hasil maklumat awam serta risikan, kami berjaya menahan dua lelaki terbabit," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata mereka yang merupakan pelajar kolej itu ditahan bersama di satu lokasi di daerah ini dan dipercayai cuba bersembunyi bagi mengelak dikesan polis.

Katanya dua lelaki itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Mior Faridalatrash berkata polis juga sedang mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu pada 9.45 malam itu, kru feri berkenaan hendak membuka pintu dek bawah ketika feri merapat untuk berlabuh dan pada masa itu terdapat kira-kira 11 lelaki berkumpul di depan pintu dek dan dia memberitahu mereka agar beredar dari tempat berkenaan kerana ingin membuka pintu dek.

Kru feri itu tiba-tiba ditolak dari arah belakang dan badannya terkena seorang daripada mereka sebelum kumpulan lelaki terbabit bertindak kasar dengan memukul kru feri beramai-ramai menggunakan topi keledar.

Kejadian tersebut menyebabkan lelaki berusia 38 tahun itu cedera di muka dan patah tulang rusuk kiri akibat dipukul dengan topi keledar, kaki dan tangan.

Tags / Kata Kunci: Feri , Raja Uda

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan