Setiausaha Agung PSM Dituduh Dituduh Mengkritik Badan Kehakiman

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 2:41 PM

Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dituduh mengikut Akta Hasutan kerana mengkritik badan kehakiman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Hakim Amernudin Ahmad membuat keputusan ikat jamin akan dikenakan sebanyak RM 5,000 jika didapati bersalah sementara mahkamah menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes.

Arutchelvan ditahan bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan manakala pertuduhan pilihan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dia dituduh selepas mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan satu kenyataannya yang menghasut di laman Facebook berikutan kes liwat Anwar pada 10 Februari lalu.

Sebelum ini Arutchelvan ditahan bawah Akta Hasutan pada 19 Februari.

Bagaimanapun dia dilepaskan pada hari berikutnya selepas tahanan reman empat hari ditolak mahkamah majistret.

Sementara itu, penyokong parti berkenaan telah berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pemimpin PSM itu.

Sekumpulan kecil seramai 25 orang berkumpul secara aman sejak pukul 10 pagi sementara menunggu Arutchelvan untuk dibicarakan.

PSM dipanggil untuk memberi sokongan kepada Arutchelvan dan juga aktivis politik dan sosial lain yang ditahan bawah akta yang sama.

Tags / Kata Kunci: PSM

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan