APMM Tahan Tiga Kapal Pindah Minyak Secara Haram Di Perairan Pengerang

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga kapal kerana disyaki melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, pada Sabtu.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata ketiga-tiga kapal terbabit ditahan kapal ronda APMM pada 9.15 pagi, kira-kira 3.8 batu nautika tenggara Teluk Ramunia.

"Semasa ditahan, didapati kapal MT Atami Maru yang berdaftar di San Lorenzodan membawa 16 kru rakyat Thailand serta seorang rakyat Indonesia sedang memindahkan minyak disyaki jenis Marine Fuel Oil (MFO) ke dua kapal iaitu MT TBMacallan dan MT TB LL Lamborghini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Amran berkata MT TB Macallan yang berdaftar di Kuching, Sarawak membawa tiga kru rakyat tempatan, empat rakyat Myanmar serta seorang rakyat Indonesia.

Beliau berkata MT TB LL Lamborghini pula berdaftar di Jakarta, Indonesia dan membawa lapan kru rakyat negara itu.

Amran berkata kesemua kru ketiga-tiga kapal berumur 20 hingga 50 tahun dansiasatan mendapati kesemua kapal itu juga gagal mengemukakan dokumen atau permit berkaitan melakukan aktiviti pemindahan minyak.

"Ketiga-tiga kapal turut melakukan kesalahan lain seperti gagal melaporkan ketibaan kapal dalam perairan Malaysia serta bersauh di kawasan yang tidak dibenarkan," katanya.

Menurutnya dua kru setiap kapal ditahan dan dibawa ke Pejabat Maritim Daerah Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan