Suspek Kes Bunuh Kerani Sekolah Agama Direman Seminggu

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 7:09 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seorang suspek kes pembunuhan kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir, di sini Isnin lalu, ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu sehingga 27 November.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata, pihaknya mendapat perintah tahanan reman itu bagi membantu siasatan. 

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai bersabar dan memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan terperinci.

Suspek yang merupakan pegawai kerajaan berusia 30 tahun yang juga jiran mangsa itu ditahan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di rumahnya di Taman Setia Kasih Sungai Terap, kira-kira jam 6.00 petang Jumaat.

Lelaki yang sudah berumahtangga dan mempunyai dua anak, ditahan selepas didapati memberikan kenyataan bercanggah dengan kenyataan awal. 

Polis juga mengumpul maklumat daripada orang ramai. 

Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah.  

Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.  

Akhbar sebelum ini melaporkan kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama rumahnya pada Isnin.   

Mayat mangsa ditemui jiran selepas mereka menyedari enjin kereta Honda Civicnya tidak dimatikan selama empat jam bermula pukul 2 petang.

Pintu kereta bahagian pemandu dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencari kerani itu.  

Polis kemudian bertindak menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan