Empat Samseng Sekolah Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat kes membelasah pelajar Tingkatan Satu sehingga mengalami pendarahan pada usus dan buah pinggang, di sebuah sekolah agama rakyat di Pokok Sena, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, kesemua suspek yang berumur lingkungan 15 hingga 17 tahun itu ditangkap di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kota Setar 8.45 malam Jumaat.

Seorang lagi suspek akan ditahan pada Sabtu, katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian 3 pagi itu, Mohd Irfan Azizan, 13, berasal dari Kampung Permatang Kaka, Megat Dewa, Kodiang dibelasah lima pelajar senior di luar bilik asrama sekolah itu.

Adzaman berkata mangsa dipukul kerana dituduh mencuri telefon bimbit milik rakan suspek selepas mangsa dikatakan orang paling awal masuk ke dalam bilik asrama.

Tags / Kata Kunci: Pokok Sena , Samseng

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan