Juruterbang Pelatih Cedera, Pesawat Ringan Mendarat Cemas

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

JOHOR BARU: Seorang juruterbang pelatih rakyat Singapura cedera selepas pesawat ringan yang dipandunya dipercayai terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Kelab Golf IOI Palm Villa, dekat Senai, Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Ramli Hassan berkata, kejadian melibatkan pesawat jenis Piper Warrior PA-28 itu berlaku kira-kira 1 tengah hari, kira-kira dua kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini.

"Kejadian menyebabkan juruterbang pelatih lelaki itu mengalami cedera ringan di kepala dan dia kemudian dihantar ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk rawatan," katanya yang dihubungi di sini, Jumaat.

Ramli berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kemudian dimaklumkan mengenai kejadian itu dan siasatan dilakukan pihak berkenaan.

Sementara itu, seorang buruh binaan, Zainudin Sahawi, 45, berkata dia ternampak pesawat berkenaan terbang rendah sebelum mendarat cemas di kelab golf tersebut.

"Bunyi dentumannya sangat kuat sehinggakan saya terkejut. Saya kemudian melihat juruterbang pelatih itu keluar dari pesawat berkenaan dalam keadaan berdarah," katanya yang sedang melakukan kerja pengubahsuaian rumah berhampiran lokasi kejadian. 

Zainudin berkata dia menghulurkan kertas tisu kepada juruterbang pelatih itu dan membawanya berteduh di tepi rumah berkenaan berikutan hujan.

Katanya juruterbang itu dilihat ada membuat panggilan telefon bagi memaklumkan kejadian berkenaan sebelum sepasukan polis tiba di situ tidak lama kemudian.--Bernama


Tags / Kata Kunci: Senai , Singapura , Piper Warrior

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan