Penjual Ikan Maut Dihempap Pokok Kelapa

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 11:38 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang warga tua penjual ikan  ditemui maut akibat pokok tumbang dan menghempap kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, Wong Yew Khon, 66 sedang dalam perjalanan pulang ke Pekan Razaki dari Menglembu apabila kejadian itu berlaku pada pukul 6.25 petang Jumaat.

"Mangsa berada dekat persimpangan Jalan Kuala Pari dan Jalan Habib Ali ketika pokok kelapa tumbang di atas bumbung Perodua Rusa yang dinaikinya.

"Pengguna jalan raya lain berjaya mengeluarkannya walaupun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," kata ACP Sum.

Mayatnya telah diserahkan ke bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini di mana bedah siasat akan dijalankan.

Menurut ACP Sum, bumbung van, tempat duduk penumpang dan pemandu mengalami kerosakan teruk.

"Tempat itu gelap dan jalan raya basah kerana hujan lebat dan angin kencang pada masa itu," katanya.
Tags / Kata Kunci: penjual ikan , dihempap pokok , pokok tumbang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan