Pengganas Disebut Dalam Memo PDRM Mempunyai Rangkaian Serantau

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 11:57 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengganas yang disebut dalam surat pekeliling Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mempunyai rangkaian dengan rantau ini, tetapi pihak berkuasa telah mengambil tindakan untuk menghalang kumpulan itu daripada menjalankan sebarang  serangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, individu dan kumpulan yang disebut dalam dokumen itu mempunyai rangkaian, Daulah Nusantara, yang menyasarkan menjadikan Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada domainnya.

"Polis tidak akan bertolak ansur dalam perkaraini, dan telah menjalankan beberapa tindakan untuk menggagalkan rancangan mereka.

"Saya menggesa rakyat Malaysia dan juga pelancong di negara ini supaya mereka tidak bimbang dengan apa yang telah disebut sebagai ancaman baru oleh kumpulan itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

Dr Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah dimaklumkan mengenai kehadiran individu dan kumpulan itu.

Beliau berkata, Cawangan Khas Anti Keganasan bukan sahaja memantau orang-orang berkenaan tetapi telah mengambil tindakan susulan.

"Kami ingin memberi jaminan kepada rakyat bahawa keadaan adalah sepenuhnya di bawah kawalan dengan tindakan telah diambil bukan sahaja semasa Sidang Kemuncak Asean.

"Kami telah mengesan rancangan mereka lebih awal, walaupun serangan pengganas di Paris baru-baru ini seolah-olah telah memberikan mereka motivasi yang lebih," kata Dr Ahmad Zahid.

Beliau menambah bahawa polis di Malaysia, Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain sedang bekerjasama mengenai perkara itu.

"Bukan sesuatu yang mudah bagi individu dan kumpulan itu untuk melarikan diri daripada pengesanan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan