Pemandu Lori Maut Tertimbus Pasir

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pemandu lori maut tertimbus pasir selepas lori dengan muatan pasir yang dipandunya hilang kawalan ketika menuruni bukit di Jalan Seremban - Jelebu di Bukit Tangga, dekat sini pagi Khamis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Razali Abd Khadir berkata dalam kejadian lebih kurang jam 9.20 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Chandran, berusia dalam lingkungan 50-an dalam perjalanan mengangkut pasir dari Jelebu menghala ke Seremban.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lori mangsa mengalami masalah brek menyebabkan lori yang dipandunya terbabas ke bahu jalan ketika menuruni bukit itu.

"Ketika operasi, kami dapati terdapat seorang mangsa yang terperosok di bawah jentera (serta) timbunan pasir dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh enam minit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini Khamis.

Razali berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini bagi tujuan bedah siasat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pemandu lori , maut

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan