71 Tangkapan Dalam Operasi Pemerdagangan Manusia Di Perak

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 12:39 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 71 tangkapan dilakukan menerusi operasi Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) oleh kontinjen polis Perak dalam tempoh lima tahun.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata polis Perak menjalankan 35 operasi di pelbagai lokasi sepanjang tempoh itu dengan 26 tangkapan tahun ini, 15 tangkapan (2014), tujuh tangkapan (2013), 10 tangkapan (2012) dan 13 tangkapan (2011).

"Antara jenis-jenis tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran adalah mengikut Tatacara dan Kaedah di bawah Seksyen 12, Seksyen 13, Seksyen 14, Seksyen 15 dan Seksyen 15A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

"Tindakan di bawah Seksyen 26A, Seksyen 26B, Seksyen 26C dan Seksyen 26D akta yang sama boleh dikenakan bagi kesalahan penyeludupan migran," katanya menjawab soalan lisan Radzi Zainon (PAS-Sungai Rapat) berhubung tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap kes penyeludupan dan pemerdagangan manusia pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Khamis.

Zambry juga berkata Memorandum Persefahaman Malaysia dan Thailand yang diadakan pada 2010, telah menggariskan suatu bentuk kerjasama antara kedua-dua negara bagi membendung serta membasmi jenayah ini, khususnya bagi negeri yang bersempadan dengan Thailand termasuk Perak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata kerajaan negeri telah mengadakan program pembangunan usahawan antaranya projek fertigasi dan projek nanas yang telah dirangka bersama Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) di kawasan seluas 16 hektar di Lekir, Manjung.

"Projek ini dijangka bermula awal tahun depan dengan kaedah dan pelaksanaannya melibatkan belia siswazah sebagai peserta," katanya menjawab soalan lisan Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN-Lintang) berkaitan program pembangunan belia di negeri ini.

Shahrul Zaman berkata bagi mencapai objektif membangunkan belia dari sudut modal insan dan ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan negeri tahun ini telah merangka laksana beberapa program berkaitan antaranya kursus kepimpinan organisasi tahap satu dan dua melibatkan 1,280 peserta seluruh negeri dan program bina insan belia dengan 320 peserta.

"Bagi bidang ekonomi pula, antaranya menganjurkan kursus asas keusahawanan dengan penyertaan 30 orang, latihan kemahiran tidak formal dengan penyertaan 330 belia seluruh negeri dan program perantis dengan 80 peserta belia," katanya.- BERNAMA


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan