Filipina Janji Buru Pembunuh Bernard Then

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Filipina berjanji akan mendapatkan keadilan bagi mangsa tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf, Bernard Then yang didakwa dipenggal pada Selasa.

Menyifatkan pembunuhan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan kejam, kedutaan Filipina di negara ini turut mengutuk pembunuhan berkenaan.

"Kekejaman yang dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak wajar. Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terhadap kehilangan besar ini.

"Kami berharap dan berdoa agar keluarganya mendapat kekuatan dan tabah dalam mengatasi masa yang sangat sukar ini," kata kedutaan itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, pihak berkuasa Filipina akan terus memburu pihak yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka keadilan.

Then, 49, yang merupakan jurutera dipenggal selepas enam bulan berada dalam tahanan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, selatan Filipina walaupun dia dikatakan akan dibebaskan tidak lama lagi.

Tentera Filipina berkata, Then dibunuh selepas rundingan bagi membebaskannya gagal dengan kumpulan yang diketuai oleh Indang Susukan.

Tags / Kata Kunci: Filipina , Abu Sayyaf

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan