Polis Tahan Lelaki Lekat Poster 'Ah Long'

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 1:17 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 308 poster iklan pinjaman wang tanpa lesen dalam Op Vulture di Taman Berlian Biru, dekat Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata ketiga-tiga mereka ditahan ketika sedang memasang poster iklan pinjaman wang itu di tiang eletrik dan pokok-pokok di tepi jalan di perumahan berkenaan.

"Bertindak atas maklumat kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Along, empat pegawai dan tiga anggota polis bersama sembilan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) membuat pemantauan operasi menurunkan poster iklan itu di kawasan bandar dan taman-taman perumahan bermula 10.30 pagi hingga 2 petang.

Semasa operasi di Taman Berlian Biru, polis dan pegawai penguatkuasa MPK menahan tiga lelaki terbabit serta merampas 308 keping poster iklan iaitu 45 keping daripadanya diturunkan daripada tiang elektrik, papan tanda jalan dan pokok manakala 263 keping lagi dirampas daripada kenderaan yang dinaiki ketiga-tiga lelaki itu," katanya.

Mohamad berkata kesemua lelaki berumur 25 hingga 37 tahun berserta kereta Proton Waja yang dinaiki mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka datang dari Johor Baharu dan memasang poster iklan di sekitar Kluang bagi mendapatkan para peminjam wang baru.

Katanya kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan iklan haram pinjaman wang kerana dikhuatiri menjadi mangsa Along selain memilih saluran yang betul sekiranya ingin memohon pinjaman wang.

Tags / Kata Kunci: Polis , Pinjaman Wang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan