Sebanyak RM5.6 Juta Kompaun Dikenakan Terhadap Lori Bauksit

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 2:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebanyak RM5.6 juta nilai kompaun telah dikeluarkan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan terhadap lori-lori mengangkut bauksit yang didapati melanggar pelbagai peraturan dalam tempoh sejak akhir tahun lepas sehingga awal bulan ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 104,537 buah lori telah diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 5,028 lori dan 20 buah jengkaut telah disita dan dikenakan kompaun.

Menurutnya antara agensi terlibat ialah Pejabat Tanah dan Galian yang menyita 213 buah lori, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (dua buah lori disita), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) (628 buah lori dikompaun) dan Majlis Perbandaran Kuantan (577 lori disita).

"Memang ada tindakan penguatkuasaan, tetapi tidak mencukupi dan ada kelemahan di sana sini. Pihak berkuasa pernah cuba menjalankan penguatkuasaan 24 jam selama dua bulan dan dalam tempoh itu kita nampak memang ada pengurangan (pencemaran dan pelanggaran undang-undang).

"Namun selepas operasi terhenti, keadaan jadi macam biasa semula seperti sebelum operasi dilakukan," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, Selasa.

Adnan berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar) mengenai syarikat pengeluaran mineral yang tidak mengikut peraturan sehingga berlaku pencemaran selain bilangan syarikat yang masih menjalankan perlombongan bijih besi.

Katanya kelemahan dalam beberapa hal tertentu termasuk penguatkuasaan menyebabkan lori-lori bauksit tidak pernah serik untuk melakukan kesalahan.

"Ada lori yang telah mempunyai banyak saman, namun walaupun tidak membayar saman ini, mereka masih lagi dapat memperbaharui cukai jalan, ini menampakkan sedikit sebanyak ada kelonggaran daripada aspek penguatkuasaan," katanya.

Adnan berkata dalam masa yang sama, kerajaan negeri ini berusaha mencari satu mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah pencemaran habuk di jalan raya akibat kegiatan pengangkutan bahan mineral itu serta kaedah rawatan air sebelum ia disalurkan ke sungai-sungai berhampiran.

Sementara itu katanya, setakat ini sebanyak lima syarikat masih menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di negeri ini dengan melibatkan kawasan seluas 250 hektar.

Tags / Kata Kunci: Bauksit , Bijih Besi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan