Pesawat Ringan Terhempas Di Pulau Pangkor, Empat Mangsa Terselamat - Berita Jenayah | mStar

Pesawat Ringan Terhempas Di Pulau Pangkor, Empat Mangsa Terselamat

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah pesawat ringan dipercayai jenis Piper PA-32 yang membawa empat penumpang termasuk seorang wanita terhempas di tepi pantai  Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor Hisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.27 tengah hari tadi.

Beliau berkata kesemua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk menerima rawatan lanjut.

"Status kecederaan mereka masih dalam siasatan. Pesawat yang dinaiki mangsa adalah pesawat persendirian," katanya ketika dihubungi Ahad.

-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Piper PA-32 , Pulau Pangkor , Teluk Dalam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan